Tanda- Tanda Hari Kiamat Menurut
Al-Quran
Tanda- Tanda Hari
Kiamat Menurut Al-Quran| Assalamulaikum dan salam Jumaat Luna ucapkan kepada semua
pembaca setia Fuh.My.
Dewasa ini,seperti yang kita ketahui semakin banyak tanda-tanda kiamat
yang sudah berlaku di dunia ini. Tanda -tanda kecil kiamat seperti yang
disebutkan di dalam Al-Quran, banyak peperangan berlaku dan ramai ahli ilmuan
yang telah meninggal dunia menandakan dunia ini sudah sampai ke akhir zaman. Seperti mana yang kita lihat, telah
banyak perkara-perkara yang disebutkan didalam Al-Quran mengenai Hari
Pembalasan berlaku di seluruh dunia ini.
Tanda- Tanda Hari
Kiamat Menurut Al-Quran
1- Sembahyang diringan-ringankan.
2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai
agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara
perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan
jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap
beban.
7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati
mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.
9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna,
sihir dan amalan syaitan lain.
11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa
menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan
disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak
berbuat kebaikkan.
13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti
zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan
banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15- Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.
Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar
sembahyang melanggar perintah-NYA.
16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka
yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka
berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17- Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan
perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.
18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.
19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak
mahu membela dan menyebarkannya.
20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan
melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud
meminta sedekah.
Nota Luna Nana :
Semoga kita sedar dan berubah sebelum terlambat. Ini peringatan untuk diri Luna
sendiri dan juga orang lain terutamanya yang beragama Islam.Semoga semua umat Islam
mengambil cakna akan kejadian yang telah berlaku dan akan berlaku
nanti.. Ingatlah ,ALLAH itu Maha Pengampun. Kembalilah kepadaNya.
- See more at:
http://fuh.my/tanda-tanda-kiamat-semakin-hampir/#sthash.UwHn5UQZ.dpuf
No comments:
Post a Comment