Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi | Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap
pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap
tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.
Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang
melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan
darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan
badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor
anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi
menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan
biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan
tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan
sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di
antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk
mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau
baring.
Petua
Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Di sini
terdapat beberapa petua dari beberapa artikel
mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya
kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh
diamalkan.
1.
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh
hendaklah sama banyak nisbahnya.
2.
Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air.
Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan
petang.
3.
Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,
bolehlah direbus atau ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga
halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan
dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali
sehari.
4.
Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu
madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
5.
Makan biji buah Peria.
6.
Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
7.
Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
8.
Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
9.
Minum air rebusan Pokok Dukung
Anak.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu
yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang
semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah
tekanan darah menurun. SELAMAT MENCUBA!! MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT!!
=)
No comments:
Post a Comment