Subhanallah! Inilah
Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam Yang Mungkin Kita Tidak Tahu
Selalunya apabila kita mengunjungi
rakan atau saudara yang baru balik buat haji dari Mekah. Air zam-zam yang akan dihidangkan bersama buah-buahan seperti
kurma, kismis, kacang cerdik dan lain-lain serta pemberian tasbih sebagai
hadiah. Yang penting kita dapat merasakan keenakan air zam zam dari Mekah.
Namun, sebenarnya air yang satu ini punya khasiat yang tidak kita temui dalam air lainnya.
Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah pernah ditanya;
“Apakah ada hadith shahih yang menjelaskan
mengenai khasiat dan kelebihan air zam-zam?”
Beliau menjawab;
“Telah terdapat beberapa hadith shahih yang
menjelaskan mengenai kemuliaan air zam-zam dan keberkatannya.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi Muhammad SAW menyebut air zam-zam;
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi Muhammad SAW menyebut air zam-zam;
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air
tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,
Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat
penyakit).”
Hadith-hadith di atas menunjukkan khasiat air zam-zam. Air
tersebut boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh ula menjadi ubat
penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.
Termasuk sunnah adalah meminum beberapa dari
air tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW kerana di dalam air tersebut terdapat keberkatan. Air tersebut boleh
menjadi makanan yang baik dan makanan yang diberkati. Air tersebut
disyari’atkan untuk dinikmati jika memang mudah didapatkan sebagaimana yang
dilakukan oleh Nabi SAW.
Hadith-hadith tadi sekali lagi menunjukkan pada kita mengenai
khasiat dan keberkatannya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Air itu
boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat penyakit. Dianjurkan bagi
setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air
tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan
untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga
boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk
menggunakannya.
Khasiat Dan Kelebihan Air Zam-Zam
Pengarang kitab al-’Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang
hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zam zam
dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu
sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul
Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa
yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam.
Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang
berkata:
“Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai
segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan
tercapai.”
Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa
Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama
40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam zam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada
Abu Dharr:
“Siapakah yang memberi saudara makan?”
Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum
air zam zam.
“Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan
bukannya kurus.”
Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zam zam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit
sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah
pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah
bersabda:
“Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan
niat.”
Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar
menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.
Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu
Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air
zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut
pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk
Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata:
“Apabila mengerjakan haji, saya minum air zam zam untuk beberapa
perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh
mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.”
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zam zam mempunyai
beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi
Mulaikah. Katanya: Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya:
“Tuan datang daripada mana?”.
Lelaki itu menjawab ringkas:
“Saya baru lepas minum air zamzam.”
Saya bertanyakah perkara ini:
“Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.”
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan
kepada Ibnu Abbas yang berkata:
“Apabila minum air zamzam hendaklah kita
menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian
baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan.”
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment