Petua Cara Hilangkan Dan
Elakkan Perut Buncit
Kebuncitan memang menjadi fenomena di Malaysia lebih-lebih
kepada kononnya lelaki yang berkahwin akan membuncit dengan riangnya.
Kebuncitan sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan antara anda semakin kacak atau
sebaliknya. Sebenarnya faktor utama pembuncitan perut adalah disebabkan
makanan. Kepada yang sudah berkahwin salahkan isteri anda kerana memasak
makanan yang sedap-sedap setiap hari. Antara cara-cara untuk mengempiskan perut
adalah:
1. Minum air masak yang
banyak
Apabila tubuh badan kita
menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium
dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh
badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan
fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan
lancar.
2. Makan perlahan-lahan
Ketika menjamah makanan,
kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam
usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit.
Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan
sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam
makanan
Terlalu banyak garam
dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan
melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut
akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk
4. Makan makanan yang
penuh serat
Serat adalah elemen yang
penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh
badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear
dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat
Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu
punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di
ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit
Sembelit berlaku apabila
seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih
dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul
gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang
boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah
digalakkan.
7. Lakukan senaman atau
bersukan
Bersukan sebanyak tiga
kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan
yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu
menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan
sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang
sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
No comments:
Post a Comment