Sunday, November 3, 2013

Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata | Disini Puteri kongsikan Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata dan juga sebab-sebab terjadinya eyebag ini. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah nie. Antaranya ialah;
1.     Anda ada alahan.
2.     Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
3.     Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
4.     Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
5.     Faktor genetik.
6.     Pengaliran darah yang tak stabil.
7.     Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
8.    Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
9.     Penurunan berat badan yang agak mendadak.
10.   Ada masalah pinggang dan juga perut.
11.   Tisu lemak dan cecair.
12.  Masalah sinus.
13.  Anda memang ada masalah kesihatan.
14.   Anda seorang perokok.
menggunakan uncang teh untuk menghilangkan lingkaran [caption id="attachment_7103" align="aligncenter" width="300"] mata
Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
1. Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.
Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.
Atau cara alternatifnya;
Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer. Lepas tue, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam untuk beberapa minit.
Selepas tue, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.
2. Uncang teh
Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer.
Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.
3. Minyak almond
Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat.
Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.
Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. icon smile Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
4. Zat besi, vitamin c dan asid folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.
Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu anda belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. icon biggrin Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. icon smile Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
5. Biji buah berangan
Biji merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.
SELAMAT MENCUBA!! =)

- See more at: http://alifcheazmi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment