Petua Berjimat Yang Mudah
Petua Berjimat Yang
Mudah
Berjimat cermat bermaksud berhati-hati menggunakan wang atau tidak boros. Berjimat
juga amalan yang mulia kerana dapat melatih kita supayatidak terlalu boros.
Sebarang keinginan untuk membeli sesuatu dapatdibendung dengan mengamalkan
sikap berjimat cermat.
1. Rancang Perbelanjaan – Semasa awal dapat gaji, asingkan duit anda untuk
bayar rumah, kereta dan bil-bil terdahulu. Baki selebihnya baharulah anda
rancang untuk perbelanjaan lain, menabung atau membeli-belahg. Jika anda ingin
beli barang dapur, senaraikan barangan yang perlu dibeli. Ini untuk
menggelakkan anda berbelanja lebih dengan barang yang tidak diperlukan.
2. Ukur Baju di Badan Sendiri –
Berbelanjalah dengan bijak. Kalau anda baharu mula kerja, janganlah berbelanja
seperti orang yang sudah lama bekerja dan bergaji besar. Sendiri juga yang
susah nanti. Belanja jangan terlalu ikutkan nafsu dan jangan berniat untuk
menunjuk-nunjuk.
3. Menabung –
Menabung digalakkan untuk semua peringkat umur. Kalau anak-anak disuruh
menabung tetapi ibu bapa sendiri tidak menabung bukan ke seperti ketam mengajar
anak berjalan lurus? Menabung tidak semestinya anda kena simpan 100% gaji anda, 10 % atau 20% daripada gaji
anda pun sudah memadai. Semuanya untuk masa akan datang yang anda sendiri tidak
tahu apa akan berlaku kelak.
4.
Elakkan Berhutang – Elakkan berhutang tidak
kiralah sama ada dengan bank ataupun dengan orang, lagi-lagi hutang dengan
Along. Jika anda sudah mula berhutung, sukar untuk anda keluar dari keselesaan
yang sementara itu. Jadi, hidup dan belanja seadanya. Jangan disebabkan
keselesaan yang sementara itu anda terduduk satu hari nanti.
5. Kawal
Nafsu Makan – Zaman sekarang rata-rata orang habis duit hanya untuk
makan. Boleh dikatakan 50% daripada gaji akan digunakan untuk makan sahaja.
Untuk mengelakkannya daripada berlaku, kawal nafsu makan anda, bawa bekal ke
tempat kerja dan kurangkan makan di luar. Apa salahnya kalau anda rasa masakan
sendiri di rumah. Pasti lebih menjimatkan.
6. Kurangkan
Penggunaan Kereta – Ini bermakna guna kereta
bila betul-betul diperlukan seperti untuk ke tempat kerja, cuaca yang tidak
mengizinkan dan juga perjalanan yang jauh. Seperti yang kita semua tahu, harga
minyak semakin mahal, keadaan di jalan raya juga masih sesak dan itu salah satu
punca minyak cepat habis macam minum air. Jadi, untuk perjalanan yang dekat dan
tidak memerlukan anda membawa kereta, tidak perlulah anda bawa. Di situ pun
anda sudah jimat. Gunakan kenderaan awam atau motosikal bagi jarak perjalanan yang singkat.
No comments:
Post a Comment