Wednesday, January 29, 2014

KESILAPAN DALAM MEMBUKA PERNIAGAAN .

KESILAPAN DALAM MEMBUKA PERNIAGAAN .

1. Buka je terus berjaya

Tanggapan bahawa buka sahaja perniaggan terus ramai pelanggan datang , orang cari perniagan macam artis. 1 day buka 1000 orang itu adalah hanya boleh diperolehi dalam mimpi. Aku pun sama pada mula-mula. Hakikatnya jika membuka perniagaan semudah ABC dah ramai majority rakyat Malaysia membuka bussniess.

2.Net-working tiada

Tidak pernah bergaul dengan orang, majlis amal atau kerakyatan tak pernah hadiri selama ini hidup sendiri tetiba nak buka perniagan. Siapa pelanggan agaknya? orang sekeling pun tidak tahu kewujudan. Networking yang dibina dapat memudahkan urusan serta orang lebih mengenali kita , jika networking yang kuat dapat menjiamatkan kos untuk marketing .

3.Perancagan daripada awal tiada

Siapakah target market atau pembeli kepada product atau service kita. Apakah perniagaan sesuai untuk kawasan tersebut? Marketing kepada siapa?. Juga harus mepunyai plan jangka pendek dan  jangka panjang. Perniagaan tidak terdapat ditulis dalam buku kerana semua mempunyai pengalaman masing-masing. Persediaan plan A,B,C,D,E,F sampai Z . Tok guru aku berpesan tulis perancagan diatas kertas supaya boleh disemak kembali cara dan kesesuaianya.

4.Modal tiada

Modal adalah satu element yang penting bagi mengerakan segala perancagan. Walaupun perancagan sehebat pembentangan budget negara tetapi tiada modal tidak berguna kerana segala aktiviti marketing , promosi , minyak kereta dan lain-lain perlukan duit bagi mengerakkan dan menjayakannya. Persediaan dari aspek kewangan adalah penting kerana perniagaan tiada jaminan untuk gaji bulanan yang tetap seperti makan gaji. Anda akan berada dalam tekanan jika tiada persedian daripada aspek kewangan ketika memulakan perniagaan.

5.Ilmu Perniagaan tiada

Iaitu cara menyelesaikan masalah atau seni berniaga kerna sistem pendidikan rendah ke universiti tidak memberi keutamaan melahirkan usahawan tetapi lebih kepada melahirkan kepada professianal. Ilmu perniagaan diperolehi melaluai seminar atau krusus yang terdapat di luar. Lengkapkan diri dengan seni perniagaan sebelum menceburi bidang perniagaan.

6. Hangat-hangat tahi ayat

Membuka perniagaan kerana terikut-ikut orang. Orang lain jual barang berjaya jual macam mudah jer. Bertekad untuk menjual juga. Selapas berapa bulan putus asa disebabkan tiada mendapat pemintaan serta mudah berputus asa..



No comments:

Post a Comment