Posisi Jerawat Memberi Pentunjuk Tahap
Kesihatan Anda

Posisi Jerawat
Memberi Pentunjuk Tahap Kesihatan Anda – Tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang
kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom
teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat
DAHI
Haba badan yang
melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada
naiknya jerawat kat dahi
kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan
supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu
pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat
HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung,
ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung
hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak
normal.
Dan jika di salah satu hujung
hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai
masalah.
Jerawat kat
DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu
pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin
(rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di
sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem
peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat
PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri,
fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan,
menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi
paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat
BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di
belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan
bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan
yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada
yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda.
Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja.
Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah
mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Incoming search terms:
§
jerawat
§
jerawat dan petanda kesihatan
No comments:
Post a Comment