Monday, November 11, 2013

Petua Dan Adab Membaca Al-Quran

Petua Dan Adab Membaca Al-Quran | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang saya kasihi. Sebelum membaca kalamullah iaitu Al-Quran, kita perlu mengetahui Petua Dan Adab Membaca Al-Quran . Oleh itu, Luna nak kongsikan petua dan adabsebelum , semasa dan sepas membaca Al-Quran.
Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Quran seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya iaitu, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
 Kita jadikan aktiviti membaca Al-Quran menjadi sebagai rutin dan juga sebahagian dalam hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Quran memberi kesan ke dalam hati kita,terdapat adab-adab yang perlu kita lakukan semasa membaca Al-Quran .
Berikut adalah 22 Adab Membaca Al-Quran :-
  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  1. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  1. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  1. Mengadap ke arah kiblat.
  1. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  1. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  1. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  1. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  1. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  1. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.

  1. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  1. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  1. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  1. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  1. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  1. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  1. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  1. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  1. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  1. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  1. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  1. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.
Nota Luna Nana : Marilah kita amalkan adab-adab tersebut ketika membaca Al-Quran.Semoga ia akan memberi manfaat dan kelapangan jiwa kepada kita. InsyaAllah.

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Cara  Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang setia. Perkongsian Luna kali ini adalah mengenai Cara  Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Subhanallah! Sungguh indah kehidupan kita apabila kita dapat mengikut satu-persatu sunnah Rasulullah S.A.W.
Berikut adalah Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W :-
1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan
Cara berkasih sayang ini boleh diguna pakai oleh pasangan yang telah sah menjadi suami isteri sahaja ya. Bagi mereka yang ber’couple’ tu jangan duk gatal-gatal sangat buat perkara sebegini.
Nota Luna Nana : Kita sebagai umat Islam digalakkan untuk melakukan semua sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan kita didunia ini . Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup oleh Allah didunia dan juga diakhirat kelak.InsyaAllah. “Berkasih sayanglah kamu kerana Allah, kerana Allah itu adalah cinta hakiki”.

Sejukkan Hati Dengan Wuduk

Sejukkan Hati Dengan Wuduk | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua . Luna nak tanya korang nie. Kalau marah apa yang akan korang buat ya? Hari ni Luna nak syorkan korang ambil wuduk apabila sedang marah. Marah adalah api syaitan. Tahukah anda? Bahawa ketika marah syaitan menguasai kita? Kita hendaklah mengawal kemarahan dengan beristigfar dan berwuduk. Bukan mengeluarkan kata-kata yang kesat.
“Apabila kemarahan sedang memuncak ,ambillah wuduk kerana ia dapat memadamkan api kemarahan yang sedang membara.”
Rasulullah saw pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yangberjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.
Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
 
Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah iaberbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.
Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud :
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”


Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud :
“Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
 
Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.

Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas Mahupun Pejabat

 
Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas Mahupun Pejabat | Apakah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas, bilik darjah, dewan kuliah atau di pejabat. Berikut adalah antara petua-petua dan tips-tips untuk mengelakkan rasa mengantuk yang melanda. Semoga tips-tips ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita.

Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu dielakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.
1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.
2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.
3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.
4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.
5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula
6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Cara Hilangkan Mengantuk Dalam Kelas

1. Tidur awal pada malam hari.
Lazim bagi seseorang pelajar asrama adalah tidur lewat kononnya untuk mengulangkaji pelajaran. Tindakan ini adalah kurang bijak kerana ia boleh mengakibatkan rasa mengantuk pada keesokan paginya. Seseorang pelajar sekolah menengah tidak perlu waktu yang begitu panjang setiap hari semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Memadai hanya 2 jam setiap hari tetapi ia hendaklah dirancang dan diatur dengan teliti dan rapi agar seimbang bagi semua mata pelajaran. Pepatah arab menyatakan “قليل قر خير من كثير فر” yang bermaksud sedikit yang konsisten lebih baik dari banyak tapi kadang-kadang.
2. Lakukan ‘preview’ untuk setiap mata pelajaran yang akan dipelajari keesokan harinya.
Baca sepintas lalu dan catatkan persoalan-persoalan yang timbul. Pastikan keesokan hari kita akan memperolehi jawapan bagi setiap persoalan tersebut melalui penjelasan dari guru. Sekiranya tidak, pastikan kita bertanya kepada guru. Melalui cara ini minda kita akan sentiasa peka dengan apa yang disampaikan oleh guru demi untuk memastikan kita dapat menjawab persoalan yang kita timbulkan pada malam harinya. Antara punca kita mengantuk ialah kerana minda kita tidak aktif semasa guru mengajar, mudah mengelamun, berfikir tentang perkara-perkara remeh yang tiada kaitan dengan pelajaran dan akhirnya kita akan rasa mengantuk.
3. Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar.
Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan poin yang disampaikan oleh guru. Mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Bekas guru ilmu mantiq saya dahulu pernah memberitahu bahawa dia tahu sama ada seseorang pelajar itu sedang mengikuti pelajaran atau sedang mengelamun, iaitu melalui matanya. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang ke satu arah sahaja ia bermakna pelajar tersebut sedang mengelamun dan pelajar yang mengelamun pasti akan mengantuk tidak lama selepas itu.
4. Bawa bekal air kosong.
Para pakar mengakui bahawa otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangnya berfikir. Kekurangan oksigen akan menyebabkan sel-sel otak menjadi lemah lantas akan menumpulkan kebolehan berfikir. Satu cara mudah untuk memberikan bekalan oksigen yang mencukupi kepada otak ialah dengan minum air kosong. Kalau boleh air tersebut hendaklah air yang telah ditapis dari sebarang kekotoran. Pelajar-pelajar cina telah lama mengamalkan minum air kosong yang banyak dan ternyata prestasi pelajar-pelajar cina lebih membanggakan.
5. Persekitaran yang kondusif.
Sesebuah kelas hendaklah disusun dengan teratur dan dijaga kebersihannya agar selesa menghadapi sesi P&P. Kelas yang kotor dan tidak teratur akan menimbulkan perasaan tertekan dan bosan. Hiasan dan susun atur kelas juga hendaklah ditukar secara berkala, contohnya 3 bulan sekali. Carta-carta atau gambar-gambar hiasan hendaklah ditukar dengan gambar lain atau diubah kedudukannya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mengelakkan rasa bosan yang mana pada akhirnya akan menyebabkan masalah mengantuk di dalam kelas.
6. Sentiasa melakukan senaman pada petang hari.
Waktu selepas Asar bukanlah waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu ini sesuai untuk beriadah. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk beriadah agar jasmani kita sentiasa cergas dan tidak lesu. Malas beriadah boleh menyebabkan peningkatan berat badan, berat badan yang semakin bertambah pula akan menyebabkan kelesuan.
7. Amalkan pemakanan yang sihat.
Diet bagi seseorang pelajar adalah amat penting terutamanya diet yang boleh merangsang aktiviti otak. Antara makanan yang bagus untuk otak ialah madu asli, kekacang, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan makanan-makanan segera (junk food) seperti mee segera yang lazimnya amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah. Menurut amalan alim ulama terdahulu mereka akan cuba mengelakkan diri dari memakan kepala ikan dan asam kerana ia boleh melemahkan otak.
p/s – Artikel ini agak bosan tapi sangat bermanfaat

Hukum Rawatan Menggunakan Mantera Dan Jampi Serapah Dalam Islam



Soalan
Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Pant Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?
MOHAMMAD BIN JUSOH
Pant Jawa, Johor
Jawapan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din;
Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter­tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng­ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng­harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe­bankan pesakit.
Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.
Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se­bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan.
Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.
Adapun menjampi seseo­rang itu dengan menggu­nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha­ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna­nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf­siran yang boleh membawa syirik.
Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.
Saya sendiri sememang­nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.
Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.
Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum­nya) : “Dan Kani turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Oleh itu maka ulama ber­sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu­nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus­kan, kadang-kadang digalak­kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:
Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur­an dan as-Sunnah atau ruq­yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.
Kedua, boleh mengguna­kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang­gahan dengan syarak.
Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe­narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.
Oleh itu saya suka menje­laskan, jika sudah ternyata al-­Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?
Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.
WalLah hu a’lam.